Saturday, November 5, 2011

Bila Cinta itu Bukan Milik Kita...

Mesti pernah dengarkan, cinta bukan bererti memiliki, atau dalam erti kata lain ni topik untuk orang-orang yang frust menonggeng la ni.

 Time belajar dulu, pernah aku tumpang kereta seorang pak cik ni. Kebetulan dia tak tahu jalan dan destinasi kami sama.

Nak mulakan perbualan, macam biasa, tanya nama,asal mana. Aku pun jawab la dengan penuh sopan-santun. Tiba-tiba, satu soalan yang menyentap sanubari,

“adik pernah putus cinta kan?”

Berderau darah. Telan air liur, aku geleng. Dia pandang aku, tak puas hati dengan jawapan aku la tu.

“tak adalah pak cik, tak pernah.” Jawab aku bersungguh.

“ohh..” ringkas jawapan tanda mengiakan jawapan aku.

“tapi, pak cik tak pernah salah, tengok muka pun pak cik dah tahu..” sambung dia kemudian.

Alamak! Jawabnya aku membisu sepanjang perjalanan. Takut ‘ditembak’ lagi.
Bukan semua yang kita nak kat dunia ni mampu kita miliki. Itu la gunanya iman kita, percaya kepada takdir dan ketentuan Allah. Segala yang ada di muka bumi ini, semuanya milik Allah. Termasuklah cinta.

Allah sudah meminjamkan cintaNya buat kita. Konsep meminjam ni sudah tentulah bukan permanent kan? bila time Allah nak tarik balik, kita kena redha.

 Semua orang tahu macam mana sakitnya bila frust menonggeng. Tapi tak ramai yang tahu, tujuan Allah adakan situasi itu untuk kita.

Allah sebenarnya nak kita mengadu padaNya. Allah nak kita tahu bahawa tak ada cinta yang sehebat cinta Allah. Dan yang paling utama, Allah mahu kita kembali mencintai Allah.

 Jadi bila cinta itu bukan milik kita, tabahlah kerana kita masih punya Dia.

Hal ini lah yang aku pegang hingga sekarang. Yang membuatkan aku tabah menempuh liku-liku kehidupan. Sampai kadang-kadang aku lupa yang aku pernah kecewa.

Tapi, pak cik ni, tak best betul . Tak patut ingatkan aku tentang hal-hal yang nak aku lupa kan. Aku pun pelik, aku tumpang kereta ahli nujum mana pulak ni.

Eh, cop! ingat balik, aku pernah bercinta? Tak kan?
Laa.. tak pernah bercinta, macam mana nak putus cinta?
Habis tu, pak cik tadi...tepuk dahi.
La..nampok beno nipunye...

Tapi betul la, tak semua yang hadir dalam hidup kita akan kekal sebagai hak kita. Bak kata pepatah,
Patah tumbuh, hilang... pergi la cari;)



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...