Saturday, April 19, 2014

you made my day!

Di suatu malam yang damai, aku call abang. Setelah bagi salam apa semua,

Aku        : abang, sabtu ni saya keluar bawak budak pergi UM tau.
Kalau saya tak sempat  call, sori tau.
Abang   : buat apa pergi UM?
Aku        : entah program apa entah. Kebudayaan apa entah.
Abang   : ohh, ingatkan ada lawan badminton tadi.
Aku        : hah, kenapa. Ada lawan badminton ke kat sana? *blurr
Abang   : bukan mu tengah sibuk latih budak main badminton ka?

Aku         : *lepas diam beberapa saat. Jap. Kurang hajau kan?!!!


Aku masuk kelas secara aman petang tu. Tiada senjata. Dengan hati yang murni, aku memberi buku latihan sambil meninjau kerja sekolah mereka. Seorang prebet sedang menyiapkan latihan matametik. Sayangnya si prebet ini masih belum fasih membaca.

Aku duduk di sebelahnya bagi memudahkan dia untuk bertanya. Namun hampa harapanku kerana dia langsung tidak berminat untuk menyiapkan tugasannya. Malah dia dengan selamba bersama beberapa orang prebet yang lain mengeluarkan senjata berupa secawan milo, sebiji bola tenis dan dua batang reket badminton dan memulakan sesi tembak menembak.

Sesekali peluru yang dilepaskan tersasar tepat mengenai hati, jantung dan organ-organ penting di dalam badanku. Aku hanya merenung tajam, kerana sungguh aku tidak bawa apa-apa senjata. Ini yang aku dapat setelah aku rela menandatangani perjanjian keamanan untuk meraka? Darahku membuak-buak, pinta aku untuk bertindak.

Namun akal fikiran aku membantah. Aku duduk diam tidak berkutik. Mataku tajam merenung ke arah tiga orang prebet yang galak merebut bola tenis dengan batang reket seoalah-olah mereka itu pemain hoki kebangsaan. Sesekali mereka berhenti meneguk milo yang di letak betul-betul di hadapanku.

Sebagai jeneral yang taat kepada agama, aku percaya senjata yang paling utama ialah doa. Aku mengusir marah dan berdoa agar perang yang mereka cetuskan segera berakhir. Aku hampir tewas melawan perasaan.

Kecewa sungguh aku dengan sikap mereka. Beberapa minit kemudian, askar-askar berpangkat prebet itu mula bergaduh sesama sendiri kerana masing-masing ingin mempertahankan hak ke atas sebiji bola tenis. Ah, sudah..

Dari padang hoki, kelasku bertukar menjadi gelanggang gusti. Ya Allah.. Ujian apakah ini. Aku memerhati dua orang prebet yang sedang berguling-guling sambil cuba menumbuk muka pihak lawan, manakala seorang lagi prebet mengambil keputusan untuk menjadi pihak berkecuali.

Beberapa orang leftenan muda, yang turut ada di situ memerhati cemas ke arah dua orang prebet itu sambil sesekali menjeling-jeling pula ke arahku. Mereka sedang menunggu tindakan ku. Aku terus membisu, menjadi pemerhati.

Seorang prebet kelihatan lemas dicekik oleh prebet yang seorang lagi. Air liurnya meleleh hingga jatuh di atas gelanggang. Mukanya pucat, hampir tidak boleh bernafas. Aku bingkas bangun untuk menyelamatkan keadaan.


Ku cekak di belakang baju setiap seorang. Aku lambung mereka ke udara. (macam over la pulak) okey, silap. Aku tampar seorang sekali. Rotan percuma jugak aku bagi. Tak cukup dengan itu, aku laporkan mereka pada pihak atasan, dan mereka di hukum menjalani hukuman tahanan sambil mengarang surat chenta. Sekian..


Aku : Ai abang, cepat di sampai cerita? 
        Saya rasa baru ja cerita kat mak. Dah   sampai kat mu..
Abang : hahaha... Mestilah.
Aku  : bukan badmintonlah abang, hoki..eh, gusti pun ada.

Friday, April 18, 2014

untuk kamu...hey!

kawan.
maafkanlah aku.
ku biar diri ini bisu.
walaupun sedikit tidak ku tahu,
wujudkah aku dalam ingatanmu.

kawan.
sengaja tidak ku sapa dirimu.
terasa diri selalu mengganggu.
tidak sedar diri
dan tak tahu malu.

kini ku tahu siapa diriku.
sekelumit pun aku tidak kau perlu,
kau tahu mengapa kini ku berlalu?
agar kau tidak membenci aku.

biarlahh...


pada siapa harusku khabarkan
cerita hati yang kian parah
lukanya pula kian bernanah
menyilukan jiwa yang merasa
namun yang menatap
hanya bergeleng kepala

duhai bonda..
sungguh aku serba tak kena
jika segalanya bisa ku bicara
Ku pasti kau rela menadah telinga
perit aku, kau juga rasa..

bonda tercinta..
Ku mahu engkau terusan tertawa
Ku mahu akulah yang membuat kau bahagia
Ku cuba simpan apa terdaya
kerana aku masih tahu mengira
bebanan kau tanggung bergunung banyaknya!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...