Saturday, January 11, 2014

#1 Ibu, Adib mahu.....

Adib menapak payah memasuki pagar sekolah. Bebanan buku-buku di dalam beg sekolahnya membuatkan Adib sedikit membongkok. Adib kelihatan begitu kecil berbanding beg sekolahnya. Adib cuba melajukan langkah, demi mengejar abang longnya yang sudah jauh di hadapan.

"Danish, tunggulah Adib!" jerit Adib. 
Namun masakan Danish yang sudah hilang di balik bangunan blok A yang tersergam indah itu mampu mendengar jeritan Adib. Adib mengeluh sendiri. Bersusah payah Adib memanjat tangga blok A bagi menuju ke kelasnya, 1 Anggerik.

Kalau Adib tahu buku-buku sekolah ni banyak dan tebal-tebal belaka, pasti awal-awal lagi Adib mengangguk setuju apabila ibu suruh Adib beli beg sekolah beroda. Sebal hati Adib apabila hari ini ibu tidak mahu menghantar Adib sehingga ke pintu kelas seperti hari-hari sebelumnya. 

Hari ini merupakan minggu kedua persekolahan. semangat Adib masih berkobar-kobar. Namun apa yang menggundah-gelanakan hati Adib, Adib tetap yang paling rendah di antara semua pelajar darjah 1. Adib risau kelemahannya ini menjadi bahan ejekkan kawan-kawan di sekolah. Adib sudah membuat kaji selidik di setiap kelas. Rata-rata murid tahun 1 di Sekolah Kebangsaan Bukit Tinggi mempunyai ketinggian antara 105cm hingga 120cm. Hanya Adib sahaja yang mempunyai ketinggian aneh iaitu 95cm, setara ketinggian budak 4 tahun. Sedihnya Adib!

Setibanya di kelas 1 Anggerik, Adib menghenyakkan badan ke kerusi. Kepalanya dilentokkan  ke atas meja hijau lumut miliknya. Adib mahu menghilangkan lelah sebelum turun semula ke tapak perhimpunan. Dalam hati, Adib menyumpah-nyumpah beg sekolahnya yang terasa begitu membebankan. Sudahlah badannya kecil, beg galas pula besar lagi berat. Semuanya gara-gara abang long yang mempertikaikan cadangan ibu  untuk membelikan Adib beg sekolah beroda. Abang long sekeras-kerasnya membantah, dengan alasan beg beroda hanya untuk budak perempuan.

Walhal, sewaktu hari pendaftaran kelmarin, jelas-jelas Adib nampak ramai pelajar lelaki yang menarik beg beroda. Geram betul Adib dengan saranan mengarut abang long. Adib sebenarnya sudah betul-betul berkenan dengan beg beroda warna merah yang mula-mula Adib belek di pusat membeli-belah tempoh hari.

kriiiinggg! kringgg!
Bunyi loceng menghentikan lamunan Adib. Adib bingkas bangun dan berjalan laju menuju ke tapak perhimpunan. Sempat dia menoleh sekilas ke arah beg galas berwarna biru miliknya yang tersangkut kemas di belakang kerusi. Adib nekad, 'ibu, Adib mahu beg beroda, warna merah!'

Thursday, January 2, 2014

One~1

Arwah wan memang garang. Kalau sekali bersin, bergegar 1 rumah. Kalau ada buat salah, siap la kena marah. masa kecik-kecik dulu, pernah aku terpatahkan dahan pokok limau dia, sebab takut, aku gantung balik dahan tu atas pokok. tapi 2 3 hari lepas tu kantoi la.. daun yang dahannya patah tu dah kuning.. Wan tanya sapa yang patahkan aku senyap ja.. tapi tak sudah, aku bagi tahu jugak dalam takut2. tak baik menipukan?

tapi, tu masa aku kecik.. bila dah masuk sekolah menengah (kira dewasa la sikit), Wan dah macam bespreng aku. cara tegurannya pun dah berubah. bukan dengan marah, halus namun menusuk kalbu.

memang betul-betul ujian yang teramat berat aku rasa masa Allah ambil balik Wan dari aku. tapi siapa aku nak lawan takdir. terduduk aku. Aku tanya ayah, kalau aku tak reti mengaji sangat, kalau baca Al-Quran salah-salah,macam mana aku nak hadiahkan pada Wan. Aku tanya lagi, kalau aku jahat, Wan kena seksa tak dalam kubur, dan kalau aku jahat, bila aku mati, aku dapat tak jumpa Wan..

semua soalan aku masa tu macam aku budak 5 tahun walhal aku dah 18 tahun. memang aku betul-betul hilang pertimbangan..

masih ku rindukan gurau sendamu,
masih ku inginkan ketawa bersamamu,
kau memasak semangat di segenap jiwaku,
kau tiupkan harapan di setiap usahaku,
di mana akan ku temu dirimu,
setelah engkau digamit Illahi..

Wan, kami mungkin banyak mengecewakan wan. saya tak mintak jadi macam ni. banyak kali saya cuba betulkan diri. mungkin silap saya, semuanya jadi macam ni. tapi segalanya rasa cukup payah. apa daya saya? saya bukan mengalah. tapi mustahil yang roboh senang di bina kembali..

kecewaku! #2

bila hati menyimpan luka,
lara terpendam menjadi bara,
berkaca-kaca di tubir mata,
sampai masa menitis jua.. 
datang lagi ujian menimpa,
terasa roboh sabar yang ada,
meratap seperti tiada makna,
mari berserah kepada Dia..

Ya Allah, kami redha atas ketentuan Mu!

Wednesday, January 1, 2014

kecewaku!

nak ku luahkan kecewaku, 
segalanya semacam terbuku..
nak ku lontarkan segala amarahku, 
segalanya masih di kalbu.. 
mampukah aku menyembunyikan tangis, 
dibalik riak wajah yang bengis..
 ya.. memang aku marah! 
memang aku menyampah! 
namun tiada daya lagi aku menyumpah..
aku tetap rebah
dan kau terusan bermegah..

sakit bila menyayangi mu..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...