Friday, July 5, 2013

.:top 10 P!nTAS crew #ugutan pada budak


#10 nak kawan dengan syaitan?

#9  hantar pergi sekolah india nak?

#8  hantar balik sudan!

#7   hantar balik indon!

#6   hantar balik india!

#5  ticer jual beg kamu kat pasar malam, 2 sengget!

#4  hantar kat rumah makcik salmah!

#3  hantar kat rumah makcik sebelah.

#2  ticer kurung dalam bilik gelap nak?

#1  nak mandi dengan air api neraka??

nasihat makcik; ugutan adakala perlu, bukan senang nak mendisiplinkan murid/anak.. tapi jangan selalu, dan tidak keterlaluan :)

putus tak bisa disambung


telah lama aku bertahan.. 
bukan niatku melepaskan mu.. tapi jika itu yang kamu mahu..
apalah daya ku.. aku jua terluka, bahkan lebih terluka..
terimalah pantun terakhir aku buat mu..

polis tahan kena soal
rupa nak ajak minum lai ci kang
henpon ku sayang selalu buat hal
rasa nak campak dalam longkang

minum lai ci kang kadang-kadang
kembung perut tak larat nak jalan
simcard pulak kena tendang
berposa mesej barang sebulan

konon nak belakon dalam filem
director tengok lari terus
memorycard lagi la problem
dah beranak pinak segala virus

daripada terus duk makan hati
baik makcik carik pengganti :'(

selemat tinggal henpon cap ayam


Thursday, March 7, 2013

SERABUT!!!

otak aku dah rasa macam tepu sangat..
semua menda jadi tak kena..
sampai satu tahap aku rasa macam tak mampu dah nak buat apa.
setiap langkah yang aku ambil tetap ada tempangnya.
kadang-kadang bila aku tak cakap, tak cerita, aku rasa nak share dengan orang.
tapi bila dah cakap, macam terlebih la pulak...rasa macam nak tampo je mulut ni.
dah tu.... aku nak buat apa?
macam mana nak selesaikan problem tanpa melukakan hati sesiapa...
aku dah cuba macam-macam dah rasanya..
sekarang ni... aku cuma nak MAKkk....
tapi takan suma menda nak ngadu kat mak, bingung la beliauu... 
arrrgggghhhhhhhhhhh!!


Thursday, February 21, 2013

Ujian BerKasih

Hai... makin lama aku pendam.. makin sakit jiwa dan raga ni haaa..
aku pun tak tau kat mana salah dan silapnya... sampai begini teruk ujian berkasih yang aku terpaksa hadapi tahun ni... ntah, mungkin betul kata orang, aku terlalu manja pluss mengada-ngada.. tapi, betul-betul rasa kehilangan.. ya Allah, aku ni bukan hambaMu yang tak reti nak bersyukur... tapi kenapa makin lama rasa macam kurang kasih sayang je ni...
kadang-kadang aku dah macam syok sendiri.. hantar mesej kat orang membuta tuli. bukan pasal apa, kadang-kadang bila duduk sorang-sorang aku rasa macam nak menangisi kehilangan.. HAHAHA.. memang tak boleh blah.. 
tapi sirius cakap, tahun ni.. aku macam bukan aku lagi... tengok la.. tak pernah aku buat post merepak cenggini.. lantakLah! nanti-nanti bila aku rasa nak delete.. aku delete la.. harap tak ada yang membaca post merepk ni... kalau ada.. aku betul-betul minta maaf sebab membazirkan masa hangpa.. i'm sorry :)

Monday, February 11, 2013

WoW!!

Semalam. Macam biasa, pi tadika pasal ada tuisyen...apa, ingat kami rajin sangat nak pi tadika time2 cuti kalau tak ada keja..dah tu, dah alang-alang kat tadika, jenguk la dapur, opis semua...sampai je kat opis, terkejut beruk la aku..mana taknya, rak buku opis tu runtuh satu tingkat,habis buku-buku berterabur kat lantai...lepas habis kelas, terus la merajinkan diri kutip buku-buku tersebut.. sambil tu belek-belek la..
ada buku cerita, ada buku akedemik, ada buku motivasi, bercampur aduk buku-buku ni..maklum la... opis pun dalam proses upgrade..dapat la buku yang berkenan di hati, terus isi borang pinjam buku..

 jadi, apa yang 'WOW' nya???
pertama, setelah hampir setahun aku keja kat situ, dan setelah hampir 3 bulan aku duduk dalam opis tu, WOW! inilah kali pertamnya aku pinjam buku.

kedua, borang pinjaman buku tu baru sekali diisi sebelum aku. WOW, jadi aku orang yang kedua setelah borang pinjaman itu diwujudkan tahun lepas.

ketiga, aku pinjam 3 buah buku sekali gus. WOW!

1. Buku The Leader in Me oleh Stephen R. Covey
2. Buku Wanita Istimewa; 5 Gaya Hidup Wanita Cemerlang
3. Buku Rahsia Kejayaan Wanita Bekerjaya oleh Kamariah Wahab


kesimpulannya, tak payah kata orang lain, aku sendiri pun bukan saja sangat kurang membaca tapi kurang suka membaca... buktinya, baru 2 perenggan aku baca tadi,  WOW! sedar-sedar buku tu dah tutup muka.. masa bila aku tertido pun aku tak sedar. aduhai...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...