Saturday, April 19, 2014

you made my day!

Di suatu malam yang damai, aku call abang. Setelah bagi salam apa semua,

Aku        : abang, sabtu ni saya keluar bawak budak pergi UM tau.
Kalau saya tak sempat  call, sori tau.
Abang   : buat apa pergi UM?
Aku        : entah program apa entah. Kebudayaan apa entah.
Abang   : ohh, ingatkan ada lawan badminton tadi.
Aku        : hah, kenapa. Ada lawan badminton ke kat sana? *blurr
Abang   : bukan mu tengah sibuk latih budak main badminton ka?

Aku         : *lepas diam beberapa saat. Jap. Kurang hajau kan?!!!


Aku masuk kelas secara aman petang tu. Tiada senjata. Dengan hati yang murni, aku memberi buku latihan sambil meninjau kerja sekolah mereka. Seorang prebet sedang menyiapkan latihan matametik. Sayangnya si prebet ini masih belum fasih membaca.

Aku duduk di sebelahnya bagi memudahkan dia untuk bertanya. Namun hampa harapanku kerana dia langsung tidak berminat untuk menyiapkan tugasannya. Malah dia dengan selamba bersama beberapa orang prebet yang lain mengeluarkan senjata berupa secawan milo, sebiji bola tenis dan dua batang reket badminton dan memulakan sesi tembak menembak.

Sesekali peluru yang dilepaskan tersasar tepat mengenai hati, jantung dan organ-organ penting di dalam badanku. Aku hanya merenung tajam, kerana sungguh aku tidak bawa apa-apa senjata. Ini yang aku dapat setelah aku rela menandatangani perjanjian keamanan untuk meraka? Darahku membuak-buak, pinta aku untuk bertindak.

Namun akal fikiran aku membantah. Aku duduk diam tidak berkutik. Mataku tajam merenung ke arah tiga orang prebet yang galak merebut bola tenis dengan batang reket seoalah-olah mereka itu pemain hoki kebangsaan. Sesekali mereka berhenti meneguk milo yang di letak betul-betul di hadapanku.

Sebagai jeneral yang taat kepada agama, aku percaya senjata yang paling utama ialah doa. Aku mengusir marah dan berdoa agar perang yang mereka cetuskan segera berakhir. Aku hampir tewas melawan perasaan.

Kecewa sungguh aku dengan sikap mereka. Beberapa minit kemudian, askar-askar berpangkat prebet itu mula bergaduh sesama sendiri kerana masing-masing ingin mempertahankan hak ke atas sebiji bola tenis. Ah, sudah..

Dari padang hoki, kelasku bertukar menjadi gelanggang gusti. Ya Allah.. Ujian apakah ini. Aku memerhati dua orang prebet yang sedang berguling-guling sambil cuba menumbuk muka pihak lawan, manakala seorang lagi prebet mengambil keputusan untuk menjadi pihak berkecuali.

Beberapa orang leftenan muda, yang turut ada di situ memerhati cemas ke arah dua orang prebet itu sambil sesekali menjeling-jeling pula ke arahku. Mereka sedang menunggu tindakan ku. Aku terus membisu, menjadi pemerhati.

Seorang prebet kelihatan lemas dicekik oleh prebet yang seorang lagi. Air liurnya meleleh hingga jatuh di atas gelanggang. Mukanya pucat, hampir tidak boleh bernafas. Aku bingkas bangun untuk menyelamatkan keadaan.


Ku cekak di belakang baju setiap seorang. Aku lambung mereka ke udara. (macam over la pulak) okey, silap. Aku tampar seorang sekali. Rotan percuma jugak aku bagi. Tak cukup dengan itu, aku laporkan mereka pada pihak atasan, dan mereka di hukum menjalani hukuman tahanan sambil mengarang surat chenta. Sekian..


Aku : Ai abang, cepat di sampai cerita? 
        Saya rasa baru ja cerita kat mak. Dah   sampai kat mu..
Abang : hahaha... Mestilah.
Aku  : bukan badmintonlah abang, hoki..eh, gusti pun ada.

Friday, April 18, 2014

untuk kamu...hey!

kawan.
maafkanlah aku.
ku biar diri ini bisu.
walaupun sedikit tidak ku tahu,
wujudkah aku dalam ingatanmu.

kawan.
sengaja tidak ku sapa dirimu.
terasa diri selalu mengganggu.
tidak sedar diri
dan tak tahu malu.

kini ku tahu siapa diriku.
sekelumit pun aku tidak kau perlu,
kau tahu mengapa kini ku berlalu?
agar kau tidak membenci aku.

biarlahh...


pada siapa harusku khabarkan
cerita hati yang kian parah
lukanya pula kian bernanah
menyilukan jiwa yang merasa
namun yang menatap
hanya bergeleng kepala

duhai bonda..
sungguh aku serba tak kena
jika segalanya bisa ku bicara
Ku pasti kau rela menadah telinga
perit aku, kau juga rasa..

bonda tercinta..
Ku mahu engkau terusan tertawa
Ku mahu akulah yang membuat kau bahagia
Ku cuba simpan apa terdaya
kerana aku masih tahu mengira
bebanan kau tanggung bergunung banyaknya!

Friday, February 14, 2014

ekah, sila ambil faham..

aku terbaca satu nota kat facebook, cara didik anak mengikut psikologi ISLAM 
tertarik aku pada part ni;

"Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control"

ya, aku selalu pukul budak pakai tangan, pukul pada tapak tangan budak, pada fikiran aku, dengan cara ni aku dapat kawal kemarahan aku. budak sakit, tapak tangan aku pun sakit. 
ada betulnya info dari nota ni.. mungkin salah cara aku tu..

ekah, sila ambil faham..

1. jangan banding-bandingkan budak, sedangkan diri sendiri pun tak suka jika dibandingkan dengan cikgu-cikgu lain..

2. jangan marahkan budak, kemudian biarkan dia keluar kelas tanpa dia tahu kenapa dia kena marah.. cuba rendahkan suara, dah terangkan pada dia kenapa kita marah.

3. jangan sesekali putus harapan. Allah masih membuka ruang untuk kita berusaha.

4. tinggalkan semua masalah di luar kelas.

5. pedulikan semua yang tidak penting, fokuskan pada matlamat utama, budak..

6. cari jalan, cuba sehabis baik!

7. paling penting.. senyum manis-manis:)
    

10sioN!


ingat ni main-main ke? aku memang sejak azali lagi jenis cepat tangan. tapi Alhamdulillah, setakat ni aku masih waras. dalam pada tu, aku terlalu takut aku hilang rasa rasional masa marah.. jauh-jauhkanlah ya Allah... tambahan lagi bila berdepan dengan budak yang betul-betul menguji kedewasaan aku ni..

aku kadang-kadang pelik jugak dengan budak-budak ni...
macam saja-saja je nak test aku. dalam sehari, dalam satu waktu prep, tak sah kalau tak bagi aku menyirap.. aku teringin sekali nak menjalani kelas yang aman damai.. tanpa ada lawan gusti, main baling-baling selipar, main sorok-sorok dengan aku yang mana tiba-tiba aku dapat call dari pejabat cakap anak-anak aku tengah merayap-rayap kat luar kelas tanpa arah tujuan.

aku gila sayang kat budak-budak ni. tapi kenapa budak-budak ni tak nampak kasih sayang aku. aku percaya pada takdir. masa sebelum aku datang sini pun, aku dah dapat gambaran yang sedikit sebanyak membelah-bahagikan hati aku ni untuk datang ke sini. aku doakan yang terbaik untuk aku masa tu. dan sekarang, aku kat sini...

bila aku cerita pada abang segala macam bebanan aku kat sini..abang tanya, aku nak teruskan atau tidak.. dan jawab aku, aku masih mampu rasanya.. aku cuma mengeluh sebab aku masih tak jumpa cara, macam mana handle budak-budak ni:( 

Saturday, January 11, 2014

#1 Ibu, Adib mahu.....

Adib menapak payah memasuki pagar sekolah. Bebanan buku-buku di dalam beg sekolahnya membuatkan Adib sedikit membongkok. Adib kelihatan begitu kecil berbanding beg sekolahnya. Adib cuba melajukan langkah, demi mengejar abang longnya yang sudah jauh di hadapan.

"Danish, tunggulah Adib!" jerit Adib. 
Namun masakan Danish yang sudah hilang di balik bangunan blok A yang tersergam indah itu mampu mendengar jeritan Adib. Adib mengeluh sendiri. Bersusah payah Adib memanjat tangga blok A bagi menuju ke kelasnya, 1 Anggerik.

Kalau Adib tahu buku-buku sekolah ni banyak dan tebal-tebal belaka, pasti awal-awal lagi Adib mengangguk setuju apabila ibu suruh Adib beli beg sekolah beroda. Sebal hati Adib apabila hari ini ibu tidak mahu menghantar Adib sehingga ke pintu kelas seperti hari-hari sebelumnya. 

Hari ini merupakan minggu kedua persekolahan. semangat Adib masih berkobar-kobar. Namun apa yang menggundah-gelanakan hati Adib, Adib tetap yang paling rendah di antara semua pelajar darjah 1. Adib risau kelemahannya ini menjadi bahan ejekkan kawan-kawan di sekolah. Adib sudah membuat kaji selidik di setiap kelas. Rata-rata murid tahun 1 di Sekolah Kebangsaan Bukit Tinggi mempunyai ketinggian antara 105cm hingga 120cm. Hanya Adib sahaja yang mempunyai ketinggian aneh iaitu 95cm, setara ketinggian budak 4 tahun. Sedihnya Adib!

Setibanya di kelas 1 Anggerik, Adib menghenyakkan badan ke kerusi. Kepalanya dilentokkan  ke atas meja hijau lumut miliknya. Adib mahu menghilangkan lelah sebelum turun semula ke tapak perhimpunan. Dalam hati, Adib menyumpah-nyumpah beg sekolahnya yang terasa begitu membebankan. Sudahlah badannya kecil, beg galas pula besar lagi berat. Semuanya gara-gara abang long yang mempertikaikan cadangan ibu  untuk membelikan Adib beg sekolah beroda. Abang long sekeras-kerasnya membantah, dengan alasan beg beroda hanya untuk budak perempuan.

Walhal, sewaktu hari pendaftaran kelmarin, jelas-jelas Adib nampak ramai pelajar lelaki yang menarik beg beroda. Geram betul Adib dengan saranan mengarut abang long. Adib sebenarnya sudah betul-betul berkenan dengan beg beroda warna merah yang mula-mula Adib belek di pusat membeli-belah tempoh hari.

kriiiinggg! kringgg!
Bunyi loceng menghentikan lamunan Adib. Adib bingkas bangun dan berjalan laju menuju ke tapak perhimpunan. Sempat dia menoleh sekilas ke arah beg galas berwarna biru miliknya yang tersangkut kemas di belakang kerusi. Adib nekad, 'ibu, Adib mahu beg beroda, warna merah!'

Thursday, January 2, 2014

One~1

Arwah wan memang garang. Kalau sekali bersin, bergegar 1 rumah. Kalau ada buat salah, siap la kena marah. masa kecik-kecik dulu, pernah aku terpatahkan dahan pokok limau dia, sebab takut, aku gantung balik dahan tu atas pokok. tapi 2 3 hari lepas tu kantoi la.. daun yang dahannya patah tu dah kuning.. Wan tanya sapa yang patahkan aku senyap ja.. tapi tak sudah, aku bagi tahu jugak dalam takut2. tak baik menipukan?

tapi, tu masa aku kecik.. bila dah masuk sekolah menengah (kira dewasa la sikit), Wan dah macam bespreng aku. cara tegurannya pun dah berubah. bukan dengan marah, halus namun menusuk kalbu.

memang betul-betul ujian yang teramat berat aku rasa masa Allah ambil balik Wan dari aku. tapi siapa aku nak lawan takdir. terduduk aku. Aku tanya ayah, kalau aku tak reti mengaji sangat, kalau baca Al-Quran salah-salah,macam mana aku nak hadiahkan pada Wan. Aku tanya lagi, kalau aku jahat, Wan kena seksa tak dalam kubur, dan kalau aku jahat, bila aku mati, aku dapat tak jumpa Wan..

semua soalan aku masa tu macam aku budak 5 tahun walhal aku dah 18 tahun. memang aku betul-betul hilang pertimbangan..

masih ku rindukan gurau sendamu,
masih ku inginkan ketawa bersamamu,
kau memasak semangat di segenap jiwaku,
kau tiupkan harapan di setiap usahaku,
di mana akan ku temu dirimu,
setelah engkau digamit Illahi..

Wan, kami mungkin banyak mengecewakan wan. saya tak mintak jadi macam ni. banyak kali saya cuba betulkan diri. mungkin silap saya, semuanya jadi macam ni. tapi segalanya rasa cukup payah. apa daya saya? saya bukan mengalah. tapi mustahil yang roboh senang di bina kembali..

kecewaku! #2

bila hati menyimpan luka,
lara terpendam menjadi bara,
berkaca-kaca di tubir mata,
sampai masa menitis jua.. 
datang lagi ujian menimpa,
terasa roboh sabar yang ada,
meratap seperti tiada makna,
mari berserah kepada Dia..

Ya Allah, kami redha atas ketentuan Mu!

Wednesday, January 1, 2014

kecewaku!

nak ku luahkan kecewaku, 
segalanya semacam terbuku..
nak ku lontarkan segala amarahku, 
segalanya masih di kalbu.. 
mampukah aku menyembunyikan tangis, 
dibalik riak wajah yang bengis..
 ya.. memang aku marah! 
memang aku menyampah! 
namun tiada daya lagi aku menyumpah..
aku tetap rebah
dan kau terusan bermegah..

sakit bila menyayangi mu..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...