Saturday, March 31, 2012

sabar!

apabila kita tidak sabar dengan apa yang kita suka, 
maka bagaimana kita akan sabar atas apa yang kita tidak suka..

~Abu Sulaiman Ad-Darani~

Sunday, March 25, 2012

Semudah A B C

“A for Apple, A for Ant, A for Arrow” jerit aku sepenuh hati. 

Ingin menarik minat ‘putera-puteraku’ yang galak bermain di belakang kelas. Namun hanya seorang dua pelajar perempuan yang bersuara. Suara mereka tenggelem dek bisingnya pelajar lelaki yang sibuk ‘berpesta.’ Yang kelihatan mulut yang terkumat-kamit membaca perkataan di papan tulis.

“A for Apple, A for..” aku ulang kembali namun ayatku terhenti. 

 Raungan di belakang kelas memaksa aku untuk menoleh. Uwais sedang meraung sambil tangan kirinya menekup telinga. Aku pantas mendapat Uwais. 

“kenapa Uwais Putra?” tanya aku.

Uwais tidak menjawab malah meraung lebih kuat. Aku pantas menarik tangannya yang kuat menekup telinga kiri. Tiada luka, tiada darah, mahupun sedikit calar.

“kenapa Uwais, cakap dengan cikgu? Aqil, apa yang Aqil buat pada Uwais?” soalanku beralih kepada Aqil yang duduk di sebelah Uwais.

“Aqil, dia masukkan benda dalam telinga Uwais.” Jawab Uwais tersekat-sekat.

Aku terpana, lantas melihat ke dalam telinga anak murid aku. Suatu objek putih kecil dalam telinganya.

“Aqil masukkan apa ni Aqil?” tanyaku lagi. Aqil kemudian menunjukkan baki polestrin ditangannya.

“ya Allah, Aqil kenapa buat macam ni?” balasku kemudian sambil mengheret Uwais keluar kelas.

“yang lain, buka buku latihan dan siapkan.” Arahku kemudian apabila yang lain mula bangun untuk melihat rakan mereka.

Aku dengan pantas menelefon pengurus tadika untuk membawa Uwais ke klinik. Aku benar-benar lega apabila Uwais kembali ke sekolah dengan tersenyum.

Aku sebenarnya takut terjadi sesuatu yang lebih parah sewaktu sesi pembelajaran kerana aku sebetulnya tiada pengalaman mengajar langsung!

Seorang bekas pelajar Interior Architecture mengajar tadika. Memang tak pelik, tetapi tetap sukar untuk aku menjadi seperti guru-guru lain yang sememangnya dari bidang perguruan.

Sehingga kini, aku masih terus bersabar dengan kerja aku. Tetap cuba untuk ikhlaskan diri, sabarkan hati menempuh hari-hari yang mencabar & tak terduga. Anak muridku, sila beri kerjasama kepada teacher  kerana mendidik kalian bukanlah semudah teacher mengajar ABC..

Saturday, March 10, 2012

rumput yang hijau


Video ni khas buat budak-budak tadika.. 
yang bukan budak tadika tu, harap boleh ambil masa jap, 
transform jadi budak tadika..
hahaha:D



Saturday, March 3, 2012

silent reader

Buka Facebook, buka wall orang tersayang..
 jenguk status.. nak like ke tak? Nak kumen ke tak? Tak jadi.
 Tengok pulak DP.. 
ulang benda yang sama berkali-kali.

Buka blog beliau pulak. 
Baca entri terbaru. 
Oh..oh..dan terus meng-oh sambil mengangguk2 kepala.
 Ok, asal kau ok, aku pun ok:D

Ada tak yang sama perangai cam aku? Mesti la ada, kan..


Dalam hati: aku ada tak 'silent reader'?





Sunday, February 26, 2012

MukaTembok@MukaBuku

Hari ni tiba-tiba terasa rajin nak kodek-kodek facebook. Ulangkaji status-status lama.. Alahai, kasihan pada diri. Majority status cakap pasal lapar, makan,mengantuk, penat, tidur. ^^,

Ucapan terima kasih tidak terhingga buat facebook mobile yang telah merancakkan keaktifan saya berfacebook.. jutaan terima kasih juga buat kawan-kawan yang sudi melayani kerepekan saya di mukabuku itu.

.:Carta status paling merepek di awal tahun ini:.

#1

#2

#3

#4

#5

#6

#7

NotaKaki : cara print screen
1.    Tekan print screen
2.    Buka paint
3.    Tekan ctrl + v
4.    save

Saturday, February 11, 2012

Ujian Penilaian

Dekat setahun dah aku tak naik bas. Bas pun aku tak kenal dah. Cewah! Nak di jadikan cerita aku terpaksa naik bas minggu lepas. Aku memang dah tau yang time-time cuti memang tiket akan laku macam goreng pisang panaskan? Jadi aku mintak nak habis kerja awal. Pukul 2 aku dah terpacak depan kuanter tiket. Alih-alih, bas aku pukul 5. Hah, tunggu la kau! Yana tinggalkan aku pukul 3 kat situ. Jadi aku pun mencari hala tuju bersendirian.

Nak buat apa sampai pukul 5. Makan? Nanti orang depan cakap "oh, patut la gemok." Nak tido? nanti mak cik kat sebelah ni cakap "Tak senonoh punya budak, tengah bersesak camni kau boleh buat taik mata." Aku pun kemudiannya bawak keluar tepon cap ayam aku, mesej la dengan kawan2 tersayang. Sekali masuk mesej, berkumandanglah suara upin ipin, "em, betul betul betul" orang sekeliling, semua pandang aku. "tak padan dengan umoq, pakai msg tone budak-budak."  "eleh, mesej dengan pakwe la tu, ingat kau sorang je ada pakwe?"

Bersalah pulak aku rasa memperbanyakkan dosa orang sekeliling. Ending nya, aku campak tepon dalam beg. Duk diam-diam. Bukan sengaja aku nak b’negative thinking, tapi sebagai manusia biasa, dah paham sangat dah dengan suasana sekeliling aku. Orang-orang kita memang pantas dan tangkas otaknya dalam hal mencaci maki dan menilai buruk orang. Nampak buruk dulu..haish! 


Selalu nak nilai rabak kain orang dulu. kain sendiri bertampal, kita tak perasan pulakkan? Betul la kata matlutfi dalam video beliau ni;-


Apa-apa pun, sedar tak sedar, ternyata aku pun sama. Aku tetap menjadi penilai yang tangkas dan pantas apabila aku rasa yang aku sedang dinilai dan diumpat.  Sedangkan, p.cik m.cik abang kakak kat keliling aku ni pun mungkin tak perasan kewujudan aku. Kah3, tak dak beza pun. 



Tuesday, February 7, 2012

T-square dan steel ruler

.:kakak...mak cik..ntah apa la aku nak panggil budak buntal ni:.

Sebenarnya aku ni tak reti sangat nak luahkan apa2.. cewah. Tapi oleh kerana aku tak siapkan apa2 hadiah untuk hang kan.. aku siapkan karangan ni je la untuk hang.

Mula-mula kenal..hang asyik nangis je. Maklum la, putus chenta.. kadang2 rasa nak penampaq ja tengok hang lembik camtu.. tapi aku layankan jugak.. mungkin aku ni yang keras hati, tak boleh nak selami hati hang.

Tapi time tu, macam hang tau, tak dak bezanya hang dgn aku. Sama je. Aku pun tengah rasa apa yang hang rasa. Tolong lah!

Tapi bila kita dah kawan lama.. bila hang mula ketepikan aku. Hang pendam rasa sorang2. Aku rasa aku kawan yang paling tak guna. Aku pulak yang tak boleh tengok kalau hang eksyen tabah lagu tu..


hang dengan aku memang berbeza. umpama Tsquare dengan steel ruler. hang besi aku plastik. hang bentuk L, aku bentuk T. tapi matlamat kita tetap sama.. nak menyiapkan satu garisan yang lurus. cewah~

Genap umoq hang 22 tahun ni, aku nak mintak maaf atas segala keterlanjuran kata aku selama kita berkawan ni. mulut aku memang camtu. Cakap aku memang kasaq, tapi semua tu tak melekat kat hati pun.

Terima kasih la untuk segala pengorbanan hang kat aku selama ni. hang la tempat aku nak bermanja pun kat sini kan? halal kan la segala yang aku tak mampu nak bayaq balik tu. Masa hang, makanan hang, duit ringgit hang.. semuanya la... tak terkira dah aku makan budi hang.

Tapi serius hang dah banyak berubah dari awal aku kenal hang. Kira hang dah jadi tera cam ultraman dah la ni.. doa aku, semoga hang terus berada di jalan yang lurus. Untuk itu, nah ambik hadiah untuk hang...


dan ini...
supaya hang sentiasa berada di jalan yang lurus..aminnn:D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...