Showing posts with label bila mentol menyala. Show all posts
Showing posts with label bila mentol menyala. Show all posts

Friday, April 18, 2014

biarlahh...


pada siapa harusku khabarkan
cerita hati yang kian parah
lukanya pula kian bernanah
menyilukan jiwa yang merasa
namun yang menatap
hanya bergeleng kepala

duhai bonda..
sungguh aku serba tak kena
jika segalanya bisa ku bicara
Ku pasti kau rela menadah telinga
perit aku, kau juga rasa..

bonda tercinta..
Ku mahu engkau terusan tertawa
Ku mahu akulah yang membuat kau bahagia
Ku cuba simpan apa terdaya
kerana aku masih tahu mengira
bebanan kau tanggung bergunung banyaknya!

Friday, February 14, 2014

10sioN!


ingat ni main-main ke? aku memang sejak azali lagi jenis cepat tangan. tapi Alhamdulillah, setakat ni aku masih waras. dalam pada tu, aku terlalu takut aku hilang rasa rasional masa marah.. jauh-jauhkanlah ya Allah... tambahan lagi bila berdepan dengan budak yang betul-betul menguji kedewasaan aku ni..

aku kadang-kadang pelik jugak dengan budak-budak ni...
macam saja-saja je nak test aku. dalam sehari, dalam satu waktu prep, tak sah kalau tak bagi aku menyirap.. aku teringin sekali nak menjalani kelas yang aman damai.. tanpa ada lawan gusti, main baling-baling selipar, main sorok-sorok dengan aku yang mana tiba-tiba aku dapat call dari pejabat cakap anak-anak aku tengah merayap-rayap kat luar kelas tanpa arah tujuan.

aku gila sayang kat budak-budak ni. tapi kenapa budak-budak ni tak nampak kasih sayang aku. aku percaya pada takdir. masa sebelum aku datang sini pun, aku dah dapat gambaran yang sedikit sebanyak membelah-bahagikan hati aku ni untuk datang ke sini. aku doakan yang terbaik untuk aku masa tu. dan sekarang, aku kat sini...

bila aku cerita pada abang segala macam bebanan aku kat sini..abang tanya, aku nak teruskan atau tidak.. dan jawab aku, aku masih mampu rasanya.. aku cuma mengeluh sebab aku masih tak jumpa cara, macam mana handle budak-budak ni:( 

Thursday, January 2, 2014

kecewaku! #2

bila hati menyimpan luka,
lara terpendam menjadi bara,
berkaca-kaca di tubir mata,
sampai masa menitis jua.. 
datang lagi ujian menimpa,
terasa roboh sabar yang ada,
meratap seperti tiada makna,
mari berserah kepada Dia..

Ya Allah, kami redha atas ketentuan Mu!

Wednesday, January 1, 2014

kecewaku!

nak ku luahkan kecewaku, 
segalanya semacam terbuku..
nak ku lontarkan segala amarahku, 
segalanya masih di kalbu.. 
mampukah aku menyembunyikan tangis, 
dibalik riak wajah yang bengis..
 ya.. memang aku marah! 
memang aku menyampah! 
namun tiada daya lagi aku menyumpah..
aku tetap rebah
dan kau terusan bermegah..

sakit bila menyayangi mu..

Monday, February 11, 2013

WoW!!

Semalam. Macam biasa, pi tadika pasal ada tuisyen...apa, ingat kami rajin sangat nak pi tadika time2 cuti kalau tak ada keja..dah tu, dah alang-alang kat tadika, jenguk la dapur, opis semua...sampai je kat opis, terkejut beruk la aku..mana taknya, rak buku opis tu runtuh satu tingkat,habis buku-buku berterabur kat lantai...lepas habis kelas, terus la merajinkan diri kutip buku-buku tersebut.. sambil tu belek-belek la..
ada buku cerita, ada buku akedemik, ada buku motivasi, bercampur aduk buku-buku ni..maklum la... opis pun dalam proses upgrade..dapat la buku yang berkenan di hati, terus isi borang pinjam buku..

 jadi, apa yang 'WOW' nya???
pertama, setelah hampir setahun aku keja kat situ, dan setelah hampir 3 bulan aku duduk dalam opis tu, WOW! inilah kali pertamnya aku pinjam buku.

kedua, borang pinjaman buku tu baru sekali diisi sebelum aku. WOW, jadi aku orang yang kedua setelah borang pinjaman itu diwujudkan tahun lepas.

ketiga, aku pinjam 3 buah buku sekali gus. WOW!

1. Buku The Leader in Me oleh Stephen R. Covey
2. Buku Wanita Istimewa; 5 Gaya Hidup Wanita Cemerlang
3. Buku Rahsia Kejayaan Wanita Bekerjaya oleh Kamariah Wahab


kesimpulannya, tak payah kata orang lain, aku sendiri pun bukan saja sangat kurang membaca tapi kurang suka membaca... buktinya, baru 2 perenggan aku baca tadi,  WOW! sedar-sedar buku tu dah tutup muka.. masa bila aku tertido pun aku tak sedar. aduhai...


Sunday, August 5, 2012

berpantun kasih

pertandingan berbalas pantun merebut gelaran jari pantas menaip mesej antara aku-abang

lepas zohor goreng bawal,
esok sahur bangkit awal.

bila merajuk hati sakit,
masalahnya mu susah nak bangkit.

naik rakit cari lala,
payah bangkit abang miskol la..

rama-rama tak dak bulu,
miskol lama-lama dah berbulu!

balik ke hulu, jalannya teruk,
toksah la berbulu, nak jadi beruk?

jalan teruk, cukup payah,
mu jadi la beruk, boleh tolong ayah.

nak terjun paya, nanti dulu,
apa pulak saya, mu yang berbulu..

nak terjun paya, terjun je la,
mu yang beria, redha je la..

pat pat siku lipat,
toksah bunyi, tido la cepat!

bawak tuala terjun paya,
nasib mu gila, duk layan saya..

buat cucur, tak letak gula,
memang keja doktor, layan orang gila.

angkut balak, nak buat meja,
sejak bila pulak mu tukar kerja?

makan cakoi, jadi bodo,
dah la oi, gi la tido..

siapa pemenang? hehe..

Monday, June 25, 2012

Di mana keadilan?

Ni bukan cerita pasal politik, parti, pilihanraya atau seangkatan dengannya. Sebagai seorang manusia yang normal, kita semua mahukan keadilan. Tak kiralah dari apa sudut pun. Maksud adil adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya(hak). Itu adil yang sebenar.

Sebagai seorang anak, bohonglah kalau aku tak pernah suarakan ketidakpuasan hati terhadap mak & ayah aku.

“mak suka lebihkan abang..”

“ayah memang lebih sayang kak..”

            Teruk sungguh perangai. Tak tahu diuntung punya anak. Dah dibela sampai sebesar ni pun masih nak pertikaikan kasih sayang mak ayah lagi. Biasalah, anak manja. Tapi macam biasa, mak ayah akan bagi jawapan yang paling selamat..

“pandai-pandai je nak bandingkan kasih sayang orang..”

“eh, mana ada.. semua kami tak sayang..” hah?

Dan lagi pilu..

“memang.. mu sorang je yang mak ayah tak sayang..” apakah?

kahkahkah... nasib la kan. Masih tak berpuas hati, aku terus merancang untuk membongkar siapakah diantara kami yang bertahta di hati mak & ayah..

“mak, jom kita main game nak?” bersemangat betul aku.

“game apa? Malaslah..” ayat biasa mak la ni.

“saya sebut nama, mak kena jawab apa yang terlintas kat fikiran mak. Kena cepat, tak aci lambat.”mak senyap tak jawab.

“kak ji” ni akak sulong aku.

“suka triak (nangis)..” laju mak jawab. Aku sengih.

“abang?”

“keras, panas baran..” hahaha..

“kak”

“sensitive.. tahu-tahu dah meleleh dah (mengalir air mata)” lagi la aku meng ‘haha’ & meng ‘kahkah’ kan abang kak aku.

“saya?”aku semakin tak sabar.

“em.. susah nak cakap..” aik? Mana aci.

“betul-betul la mak..” aku mula la tak puas hati.

“betul la, mu selalu berubah-rubah..” ya la tu. Saja la tak nak aku touching. Nak kutuk, kutuk je la mak ni. Malu-malu kucing pulak.

“adik?” aku malas dah nak korek, teruskan je game merepek ni.

“menyampah..”dengan muka tak bersalah mak jawab. Adik yang duduk depan kami tarik muka.Hahaha.. padan muka dia.

            Memang tak dapat jawapan la macam ni. Memang aku perasan, mak dengan ayah layan kami dengan layanan berbeza. Bukan sikit punya beza.

            Contoh. Masa mak ayah pergi Mekah, kami semua beiri, siapa yang mak ayah selalu telefon. Kenyataannya, mak ayah lagi kerap telefon aku. Apa lagi, abang dengan akak-akak aku terus mempersoalkan hal ni.

            Tau apa yang mak jawab?

“mak tak boleh dengar suara yang lain, rasa cam nak nangis..”

Pergh.. makan dalam aku. tapi mak cover la jugakkan.

“Ikah suaranya tak mendayu-dayu sangat. Tak lembut macam yang lain..” ya la tu. Takkan suara abang pun lembut? Alasan..

Tapi betul la. Kalau aku pun memang tak tahan bila cakap dengan akak-akak aku yang ‘bersopan-santun’ tu. hahaha..

Dah malas nak panjangkan cerita ( tak larat nak karang dah), aku tak pernah sebenarnya menganggap yang mak ayah tak adil terhadap kami. Bukan senang nak memuaskan hati tiap-tiap sorang. Selagi mak ayah tak mengabaikan kita sebagai anak-anak, itu dah cukup adil.

Kita sendiri pun belum pasti dapat memberi hak mak ayah kita. Jadi jangan banyak cakap. Terima mak ayah kita seadanya mereka sepertimana mereka menerima kekurangan kita dengan hati terbuka.

Layanan yang berbeza adalah disebabkan kita berbeza antara satu sama lain. Ingat adil bukanlah memberi segalanya dengan sama rata, adil adalah memberi hak yang sepatutnya milik kita.

Sunday, February 26, 2012

MukaTembok@MukaBuku

Hari ni tiba-tiba terasa rajin nak kodek-kodek facebook. Ulangkaji status-status lama.. Alahai, kasihan pada diri. Majority status cakap pasal lapar, makan,mengantuk, penat, tidur. ^^,

Ucapan terima kasih tidak terhingga buat facebook mobile yang telah merancakkan keaktifan saya berfacebook.. jutaan terima kasih juga buat kawan-kawan yang sudi melayani kerepekan saya di mukabuku itu.

.:Carta status paling merepek di awal tahun ini:.

#1

#2

#3

#4

#5

#6

#7

NotaKaki : cara print screen
1.    Tekan print screen
2.    Buka paint
3.    Tekan ctrl + v
4.    save

Saturday, February 11, 2012

Ujian Penilaian

Dekat setahun dah aku tak naik bas. Bas pun aku tak kenal dah. Cewah! Nak di jadikan cerita aku terpaksa naik bas minggu lepas. Aku memang dah tau yang time-time cuti memang tiket akan laku macam goreng pisang panaskan? Jadi aku mintak nak habis kerja awal. Pukul 2 aku dah terpacak depan kuanter tiket. Alih-alih, bas aku pukul 5. Hah, tunggu la kau! Yana tinggalkan aku pukul 3 kat situ. Jadi aku pun mencari hala tuju bersendirian.

Nak buat apa sampai pukul 5. Makan? Nanti orang depan cakap "oh, patut la gemok." Nak tido? nanti mak cik kat sebelah ni cakap "Tak senonoh punya budak, tengah bersesak camni kau boleh buat taik mata." Aku pun kemudiannya bawak keluar tepon cap ayam aku, mesej la dengan kawan2 tersayang. Sekali masuk mesej, berkumandanglah suara upin ipin, "em, betul betul betul" orang sekeliling, semua pandang aku. "tak padan dengan umoq, pakai msg tone budak-budak."  "eleh, mesej dengan pakwe la tu, ingat kau sorang je ada pakwe?"

Bersalah pulak aku rasa memperbanyakkan dosa orang sekeliling. Ending nya, aku campak tepon dalam beg. Duk diam-diam. Bukan sengaja aku nak b’negative thinking, tapi sebagai manusia biasa, dah paham sangat dah dengan suasana sekeliling aku. Orang-orang kita memang pantas dan tangkas otaknya dalam hal mencaci maki dan menilai buruk orang. Nampak buruk dulu..haish! 


Selalu nak nilai rabak kain orang dulu. kain sendiri bertampal, kita tak perasan pulakkan? Betul la kata matlutfi dalam video beliau ni;-


Apa-apa pun, sedar tak sedar, ternyata aku pun sama. Aku tetap menjadi penilai yang tangkas dan pantas apabila aku rasa yang aku sedang dinilai dan diumpat.  Sedangkan, p.cik m.cik abang kakak kat keliling aku ni pun mungkin tak perasan kewujudan aku. Kah3, tak dak beza pun. 



Saturday, January 14, 2012

kamus dewan bahasa batu kurau

satu hari, pernah aku bawak kawan aku ke rumah. Tengah enak menjamu selera, tiba-tiba pah aku tegur la budak ni;


" mu toksah dok simpan, makan bagi habeh, buat jahanain je,"
kawan aku pun buat muka blur, "jahanain tu apa?"


*tak susah pun sebenarnya nak paham. orang Batu kurau bukan menggunakan bahasa alien. still Bahasa melayu, cuma menggunakan dialek yang agak pelik la. Dengar-dengar skali macam kelantan kadang-kadang macam kedah. ntah, nilai la sendiri...


ambik = ambil
ayan = ayam
bahong = bahong
balei = biar
batei = bantai/hentam
baju patehah = baju melayu
besok = esok
cuet/tet = sentuh sikit
carak = silau
cokoh = cara duduk
dango = pondok
derian = durian
dema = mereka
deman = demam
gan = gam
gelengeh = duduk menempek
gelut = bergigih
gobih = kobis
huming = akar pokok
hanying = anjing
hatan = baling
hatan kasuk = tuju selipar
hatek = atap/bumbung
hat = yang
hakik = angkat
hite = tengok
hudoh = hodoh/buruk
hinung = hindu
ikan temenung = ikan kembung
jahanain = jahanam
jemahat = jumaat
jerhomoh = serempak
jerhumung = sarang binatang
jerheloh = terjerlus/termasuk
kelik = balik
kerumung =kerumun
ko ko = perlahan-lahan
kudat = minum petang
kebo = kerbau
kerabat = panjat
katuk = tutup
katok = ketuk
likat = pekat
lemung = lembu
lukih = lukis
lagu = macam
maning = mandi
mengei = memancing
mapoh = mati
moktan = rambutan
melacuk = menyicah
manih meleting = manis sangat
motong = menoreh *getah
melo = milo
melengung = termenung
muma = kamu semua
nan = enam
punggei = baling
pelan = buah mempelam/mangga
paneh carhing = panas terik
pitoselek = lampu suluh
penoh mupu = penuh melimpah
rakat = bakul besar
rimo = harimau
ramei = ramai
senyat = senyap/diam
serenok = seronok
sekolah melayu = sekolah kebangsaan
sekolah arab = sekolah agama rakyat
sungei = sungai
supa = serupa
selambuk = seremban
sika = basikal
sigung = menyiku
tok sah = tak usah
temuh = bocor
tupang = tumpang
tahok = campak/buang
tibei = hentam
tulih = tulis

Thursday, December 15, 2011

Ayah dah kaya!

“Ayah dah kaya” beritahu anak buah aku pada satu pagi.

“Ayah dah kaya?” tanya aku balik, mintak kepastian.

“Ayah dah kaya, hari-hari belikan adik durian” balasnya bagi keterangan.

Aku mengekek gelak. Itu yang dimaksudkan kaya?  Pelik sungguh aku dengan pandangan budak sorang ni. Mungkin sebelum ini, dia jarang tengok ayahnya membeli durian. Yalah, mana la ada durian kalau bukan musimnya. Aku geleng kepala.

Pernah aku bagi latihan karangan  bertajuk, ‘Jika Saya Ada Wang yang Banyak’ kepada adik-adikku. Dengan gigih mereka menyiapkan karangan enam perenggan sesuai dengan permintaanku. Aku bukanlah hebat dalam karang-mengarang , tatabahasa aku pun berterabur, cuma aku nak tengok percambahan idea budak-budak ni dalam merangka karangan.

Sekali lagi aku gelak golek-golek baca karangan imaginasi budak-budak ni. Karangan Aizat Hakim (9 tahun) berbunyi, “jika saya ada banyak wang..saya akan membeli pucuk ubi”  pucuk ubi? Mengamuk aku lepas baca karangan tu. Betul ke tak budak seorang ni? Tapi bila aku fikirkan balik, memang tak dak la orang miskin yang akan beli pucuk ubi.

Aku pun, pada zaman dulu kala suka anggap ayah kaya. Apa taknya, segala yang aku nak, petik jari, dah ada depan mata. Tapi bila dah besaq, bila aku cuba paham situasi ayah. Aku jarang mintak. Tunggu ayah yang bagi. Memang anak yang baik.

Kaya tu suatu yang subjektif la kot. Kita akan rasa kita kaya kalau mampu menyayingi apa yang orang sekitar kita ada. Sebab tu, kalau gaji besaq, tapi kita duduk dalam kalangan orang yang bergaji besaq, kayakah kita?

Saturday, November 5, 2011

Bila Cinta itu Bukan Milik Kita... (bahagian 2)

Mesej dari seorang sahabat:

“Tau  x. Ak tetiba rasa yg ujian kesunyian ni sbb Allah betul2 syg ak. Dia nk ak rapat dgn Dia. Tp diri ak menolak.sbb ak ingt cnta manusia lg sernk. Tp skrg ak sedar. Ak 21. Ak x nk kwin awal. Ak nk cri cnta Allah. Nk rasa mcm mana nikmat dia. Ak nak stablekn hdup ak. :* ak nk jd org yg btul2 ad imej”

Aku tersentak. Kenangkan sahabat aku seorang ni, aku tahu dia terlalu kesunyian. Jauh dari family. Apatah lagi dia memang susah untuk berkawan (katanya la. Aku pun tak pasti, tapi aku rasa dia yang memilih kawan kot.)

Selalu dia mengadu yang dia perlukan teman. Berkali-kali dia cakap yang dia sunyi, perlu cari teman (yg special la). Aku sokong pun tidak, bantah pun tidak. Sekadar menjadi pendengar setia.

Aku sendiri tak pasti dengan situasi macam ni. Tapi sekarang, bila dapat mesej macam tu dari dia. Aku rasa dia pilih jalan penyelesaian yang tepat. Bukan senang dia nak sampai ke tahap sekarang. Kalau aku pun belajar tinggi-tinggi macam dia, pikir 49 kali dulu nak buat keputusan.

Daripada Anas bin Malik, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “sesiapa pun tidak akan merasakan manisnya iman, sehingga ia mencintai seseorang hanya kerana Allah semata” (Riwayat al-Bukhari)

Soalnya, mampukah kita?

Bila Cinta itu Bukan Milik Kita...

Mesti pernah dengarkan, cinta bukan bererti memiliki, atau dalam erti kata lain ni topik untuk orang-orang yang frust menonggeng la ni.

 Time belajar dulu, pernah aku tumpang kereta seorang pak cik ni. Kebetulan dia tak tahu jalan dan destinasi kami sama.

Nak mulakan perbualan, macam biasa, tanya nama,asal mana. Aku pun jawab la dengan penuh sopan-santun. Tiba-tiba, satu soalan yang menyentap sanubari,

“adik pernah putus cinta kan?”

Berderau darah. Telan air liur, aku geleng. Dia pandang aku, tak puas hati dengan jawapan aku la tu.

“tak adalah pak cik, tak pernah.” Jawab aku bersungguh.

“ohh..” ringkas jawapan tanda mengiakan jawapan aku.

“tapi, pak cik tak pernah salah, tengok muka pun pak cik dah tahu..” sambung dia kemudian.

Alamak! Jawabnya aku membisu sepanjang perjalanan. Takut ‘ditembak’ lagi.
Bukan semua yang kita nak kat dunia ni mampu kita miliki. Itu la gunanya iman kita, percaya kepada takdir dan ketentuan Allah. Segala yang ada di muka bumi ini, semuanya milik Allah. Termasuklah cinta.

Allah sudah meminjamkan cintaNya buat kita. Konsep meminjam ni sudah tentulah bukan permanent kan? bila time Allah nak tarik balik, kita kena redha.

 Semua orang tahu macam mana sakitnya bila frust menonggeng. Tapi tak ramai yang tahu, tujuan Allah adakan situasi itu untuk kita.

Allah sebenarnya nak kita mengadu padaNya. Allah nak kita tahu bahawa tak ada cinta yang sehebat cinta Allah. Dan yang paling utama, Allah mahu kita kembali mencintai Allah.

 Jadi bila cinta itu bukan milik kita, tabahlah kerana kita masih punya Dia.

Hal ini lah yang aku pegang hingga sekarang. Yang membuatkan aku tabah menempuh liku-liku kehidupan. Sampai kadang-kadang aku lupa yang aku pernah kecewa.

Tapi, pak cik ni, tak best betul . Tak patut ingatkan aku tentang hal-hal yang nak aku lupa kan. Aku pun pelik, aku tumpang kereta ahli nujum mana pulak ni.

Eh, cop! ingat balik, aku pernah bercinta? Tak kan?
Laa.. tak pernah bercinta, macam mana nak putus cinta?
Habis tu, pak cik tadi...tepuk dahi.
La..nampok beno nipunye...

Tapi betul la, tak semua yang hadir dalam hidup kita akan kekal sebagai hak kita. Bak kata pepatah,
Patah tumbuh, hilang... pergi la cari;)



Goal!!

Kalaulah nak kumpul pahala tu macam nak skor gol. Mesti semua orang bersemangatkan, siap berebut-rebut lagi. Padahal nak kumpul pahala tu lagi senang daripada nak skor gol.
Nak skor gol perlukan strategi, macam mana nak susun player supaya bola boleh sampai ke gawang pihak lawan. Tapi nak kumpul pahala, tak payah nak berstrategi, semuanya Allah dah susun aturkan buat kita. Just follow..

Nak skor gol, kita perlukan penyerang yang handal..macam Safee Sali. Mahal la nak ambil penyerang power camtu.Nak kumpul pahala? Rajin2 la bersahabat dengan kitab2 agama. Tak mahal kan? tak pun, pergi je kuliah yang free. Berlambak2..

Bola paling best time penalty kick. Tu la peluang untuk kita skor gol tanpa banyak halangan. Tapi tu bergantung pada nasib la. Kalau goalkeeper power, tak dapat jugak. Sebenarnya dalam hidup pun Allah dah bagi banyak penalty kick sebagai peluang untuk kita kumpul pahala banyak2, contohnya bulan Ramadhan. Banyak amalan2 sunat yang mampu memberikan hasil yang berlipat ganda. Sangat untung! Disaat Allah dah belenggukan musuh utama kita iaitu syaitan. Mudahnya..

Kumpul pahala jauh lebih mudah dari skor gol. Semua orang mampu kumpul pahala, sedangkan tak semua orang mampu main bola, apatah lagi nak skor gol.

Tapi masih tak faham, kenapa susah sangat untuk kita ambil peluang rebut pahala yang telah Allah janjikan? Mungkin sebab pahala yang kita dapat tu kita tak nampak. Atau pun sebab kumpul pahala tak boleh jadikan kita femes macam Safee Sali,Safiq Rahim, tak pun macam Apek. Tak bawak kemana pun semua tu.. renung-renungkanlah..



Belum Masanya...

Baru 3 hari lepas aku mengajar budak2 aku hafal hadis, sabar itu sebahagian dari iman. Betapa pentingnya sabar yang Islam letakkan dalam kehidupan kita, termasuk dalam pecahan iman.wahh!

Jadi kita kenalah berpegang teguh dengan konsep sabar. Bagi diri aku sendiri, cakap memang senanglah kan? Baru 5 minit lepas aku mengajar hadis sabar kat budak2, aku tanya balik, tak ingat!mau tak kena pekik.. “telinga tinggal kat rumah?cikgu mengajar, kamu main..” tak fasal2 kena budak2 tu. Sabarkah aku?

Bila pikir2 balik, wajar tak aku buat budak2 tu macam tu. Ish3..runsing sekejap. Budak2 dalam lingkungan 4-5 tahun. Aku nk xpect hafal hadis dalam 5 minit? Ingat balik time aku tadika dulu, masuk darjah 1 pun tak pandai baca lagi. Mula rasa nak mintak maaf balik kat budak2 tu.. budak2, mintak maaf..hehe

Kena sabar, belum masanya lagi budak2 tu ingat.mungkin kalau aku terus ulang hadis tu dua atau tiga hari lagi, mungkin ingat. Kan? konsep “ bukan masanya” ni kena la jadi tabiat kita. Sentiasa berlapang dada. Kalau kita berharapkan sesuatu, contohnya harap nak jadi kaya, dalam masa 2 atau 3 tahun tetap x kaya2, sila la terus bersabar..kata la pada diri, bukan masanya lagi..

Positifkan diri selalu..doakan yang terbaik menanti kita dan teruskan sabar menanti detik2 indah tu tiba..indah mcm pelangi selepas hujan.wahh!



No Ordinary Mak cik!

Secara tak ‘open’nya, aku nak share something la kat sini. Rutin harian aku tak lengkap kalau tak ada sesi aduan rakyat ala-ala tv3. Aku akan cuba sedaya upaya untuk selami situasi yang aku dengar.Bukan apa, bila orang2 yang aku sayang tak ok, aku pn akan terikut2 tak ok. Kadang2 aku yang overnya.
Selalu la aku layan drama kt tv, slalu kuar ayat “jangan libatkan emosi dlm kerja, b professional.” Hebat je bunyikan? Macam la kita ni ada split personality. Boleh nak ubah2 jadik orang lain kejap2 kan?mcm sesumpah pulak.

Tapi aku percaya professional yang di maksudkan tu sebenarnya adalah cuba bermuka-muka. Bila ada problem, time kerja bermuka-muka lah seperti problem dah setel. Simple!

Tapi dalam kes aduan rakyat aku ni, memang aku respek habis la. Seorang mak cik ni mampu bermuka-muka 24 jam. Professional sungguh! Tapi aku kesian la kat beliau. Macam robot pulak, tak pernah nak pamerkan emosi. Menangis dalam hati je la kot.

Tapi betul la, Allah akan uji setiap insan tu berdasarkan kemampuannya. InsyaALLAH, m.cik  ni sorang yang kuat iman. Semoga Allah terus menetapkan iman m.cik seteguh gunung dan segagah p.cik botak no ordinary family. Yeahh! *pengaruh tv lagi..



Mari Menjadi Super Hero...

Kadang-kadang memang susah nak paham orang kan? Kadang-kadang kita rasa dah buat yang terbaik dah supaya orang senang dengan kita, tapi hampeh.. senang cakap, adakala tu kita nak sangat hidup dalam keadaan harmoni, tak menyakitkan hati sesiapa,cuba untuk tak kelihatan jelek pada pandangan orang, tapi tetap tak berhasil 100% kan? tak pa,ini membuktikan kita seorang manusia biasa yang hidup dikalangan manusia-manusia biasa.

Selalukan dengar alasan “kita bukan nabi,nabi maksum”, tak pun “nobody is perfect!”?Cukup untuk menutup kesalahan yang telah dilakukan. Setakat gunakan ayat tersebut untuk menutup kesalahan tanpa sebarang usaha untuk mengubah serta membetulkan keadaan,baik tak payah weh!

Berbalik kepada topik asal, memang susah untuk memahami setiap orang di sekeliling kita. Adakala kita lihat seseorang itu sudah cukup baik, namun masih ada kekurangannya. Begitu jugalah pandangan orang sekeliling terhadap kita. Mereka mengharapkan kita menjadi seperti apa yang mereka mahu.

Dalam situasi camni apa lagi yang mampu kita lakukan selain dari mengalah? Maksud mengalah di sini adalah cuba untuk menjadi apa yang mereka harapkan, walaupun hati kata tak nak (untuk hal-hal yang patut je la, yang tak patut jangan). Tidak salah untuk seseorang itu mengalah, andai itu adalah satu-satunya cara untuk memperbaiki keadaan. Sabar dan bertoleransilah..anda mampu menjadi penyelamat keadaan! super hero la tu



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...