Saturday, January 14, 2012

kamus dewan bahasa batu kurau

satu hari, pernah aku bawak kawan aku ke rumah. Tengah enak menjamu selera, tiba-tiba pah aku tegur la budak ni;


" mu toksah dok simpan, makan bagi habeh, buat jahanain je,"
kawan aku pun buat muka blur, "jahanain tu apa?"


*tak susah pun sebenarnya nak paham. orang Batu kurau bukan menggunakan bahasa alien. still Bahasa melayu, cuma menggunakan dialek yang agak pelik la. Dengar-dengar skali macam kelantan kadang-kadang macam kedah. ntah, nilai la sendiri...


ambik = ambil
ayan = ayam
bahong = bahong
balei = biar
batei = bantai/hentam
baju patehah = baju melayu
besok = esok
cuet/tet = sentuh sikit
carak = silau
cokoh = cara duduk
dango = pondok
derian = durian
dema = mereka
deman = demam
gan = gam
gelengeh = duduk menempek
gelut = bergigih
gobih = kobis
huming = akar pokok
hanying = anjing
hatan = baling
hatan kasuk = tuju selipar
hatek = atap/bumbung
hat = yang
hakik = angkat
hite = tengok
hudoh = hodoh/buruk
hinung = hindu
ikan temenung = ikan kembung
jahanain = jahanam
jemahat = jumaat
jerhomoh = serempak
jerhumung = sarang binatang
jerheloh = terjerlus/termasuk
kelik = balik
kerumung =kerumun
ko ko = perlahan-lahan
kudat = minum petang
kebo = kerbau
kerabat = panjat
katuk = tutup
katok = ketuk
likat = pekat
lemung = lembu
lukih = lukis
lagu = macam
maning = mandi
mengei = memancing
mapoh = mati
moktan = rambutan
melacuk = menyicah
manih meleting = manis sangat
motong = menoreh *getah
melo = milo
melengung = termenung
muma = kamu semua
nan = enam
punggei = baling
pelan = buah mempelam/mangga
paneh carhing = panas terik
pitoselek = lampu suluh
penoh mupu = penuh melimpah
rakat = bakul besar
rimo = harimau
ramei = ramai
senyat = senyap/diam
serenok = seronok
sekolah melayu = sekolah kebangsaan
sekolah arab = sekolah agama rakyat
sungei = sungai
supa = serupa
selambuk = seremban
sika = basikal
sigung = menyiku
tok sah = tak usah
temuh = bocor
tupang = tumpang
tahok = campak/buang
tibei = hentam
tulih = tulis

makkk..makkkan...

Satu pagi,waktu *berserok,


Aku : mak, jom makan... (sambil menggamit mak yang tengah masak)
Mak : makan dulu..makan..


sambil menyuap nasik goreng,


Aku : mak, cepat la..jom makan dulu, nanti saya tolong la..
Mak : tak pa..makan dulu.nanti siap ni mak makan la..


setelah bersuap-suap nasik ditelan..


Aku : cepat la mak, tak larat nak tunggu dah ni..(tunggu la sangat kan?)
Mak : makan je la dulu..
Aku : cepat la maakkkk...makannn
Mak : ya la ekah, ingat mak masak nak  *tahok buang ka? nak makan la ni..


dush! ambik sebijik...
mak..mak..memang bertuah jadi anak mak..


*berserok : bersarapan
*tahok : campak

Monday, December 19, 2011

Pada suatu hari...

Sedang bersiap-siap pergi makan kenduri..
Abang ipar          : Adik, pergi kenduri nanti makan banyak-banyak tau..
Anak buah          : Ok..tapi ayah order yang tak pedas tau..

Makan siput lala..
Anak buah          : Mak lang, doa qunut tu tak nak alihkan ke?
Akak                  : Doa qunut?
Anak buah          : Doa qunut tu la..*sambil tunjuk pada bawang dalam mangkuk.
Lalalalalala.....

Rambutan...
Aku                    : Adik jangan la balik lagi, nanti la.. tunggu rambutan masak..
Anak buah          : Alaaa..
Aku                    : Nanti bila dah masak, habis orang makan..
Anak buah          : Bungkus la sekarang...


Friday, December 16, 2011

Baitullah, kami datang..

Setelah 50 hari mak & ayah dijemput menjadi tetamu Allah.. aku sedikit teruja nak kongsi gambar mak ayah kat sini. 


gambar mak berlatar belakangkan Ka'abah



ayah dah macam penternak unta padang pasir..

mak bersama toksu di ladang kurma

Tak dapat nak bayangkan lagi setakat dengar cerita dan tengok gambar yang tak seberapa ni..Bila la turn aku pulak...


Wish you were here- Avril Lavigne


Di saat dan ketika ini, sangat gilakan lagu ni. tak tau kenapa..hahaha

Thursday, December 15, 2011

Ayah dah kaya!

“Ayah dah kaya” beritahu anak buah aku pada satu pagi.

“Ayah dah kaya?” tanya aku balik, mintak kepastian.

“Ayah dah kaya, hari-hari belikan adik durian” balasnya bagi keterangan.

Aku mengekek gelak. Itu yang dimaksudkan kaya?  Pelik sungguh aku dengan pandangan budak sorang ni. Mungkin sebelum ini, dia jarang tengok ayahnya membeli durian. Yalah, mana la ada durian kalau bukan musimnya. Aku geleng kepala.

Pernah aku bagi latihan karangan  bertajuk, ‘Jika Saya Ada Wang yang Banyak’ kepada adik-adikku. Dengan gigih mereka menyiapkan karangan enam perenggan sesuai dengan permintaanku. Aku bukanlah hebat dalam karang-mengarang , tatabahasa aku pun berterabur, cuma aku nak tengok percambahan idea budak-budak ni dalam merangka karangan.

Sekali lagi aku gelak golek-golek baca karangan imaginasi budak-budak ni. Karangan Aizat Hakim (9 tahun) berbunyi, “jika saya ada banyak wang..saya akan membeli pucuk ubi”  pucuk ubi? Mengamuk aku lepas baca karangan tu. Betul ke tak budak seorang ni? Tapi bila aku fikirkan balik, memang tak dak la orang miskin yang akan beli pucuk ubi.

Aku pun, pada zaman dulu kala suka anggap ayah kaya. Apa taknya, segala yang aku nak, petik jari, dah ada depan mata. Tapi bila dah besaq, bila aku cuba paham situasi ayah. Aku jarang mintak. Tunggu ayah yang bagi. Memang anak yang baik.

Kaya tu suatu yang subjektif la kot. Kita akan rasa kita kaya kalau mampu menyayingi apa yang orang sekitar kita ada. Sebab tu, kalau gaji besaq, tapi kita duduk dalam kalangan orang yang bergaji besaq, kayakah kita?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...