kebijaksanaan datang daripada pengalaman kebodohan kita pada masa lampau!
Sunday, November 27, 2011
Saturday, November 5, 2011
masihkah kau ingat?
“Aduh, dah pukul 11..” kelam kabut aku ke dapur, bancuh sirap, ketuk ais batu. Siap. Dan sekarang aku mula mundar-mandir, terjenguk-jenguk ikut tingkap.
“ai, lambat la pulak hari ni..” sambil tangan kuatkan volume radio, mata melilau ke jalan.
Sedar tak sedar, terlelap sekejap. Penat membereskan kain baju yang beraga-raga, pinggan mangkuk yang menimbun mengalahkan rumah kenduri. Memang pengsan la jawabnya.
Tersedar bila pintu bagai nak pecah mak ketuk. “ ya Allah, tak larat nak jerit dah dengan budak ni, ralit buat apa sampai orang panggil pun tak dengar?” kan dah kena.
“tidur mak.”sopan aku jawab sambil tersengih-sengih macam kerang busuk.
“kerja semua dah siap?” kalah inspektor polis dah mak aku ni.
“insyaAllah mak.” Sengih lagi
“lain kali radio tu pasang kasi out, tak cukup pi pasang 5 ke 6 speaker lagi, baru dengar kalau orang panggil” sekali kena perli daa..
“baik mak” hahaha..
Wan pun sengih sekali, bahagia je tengok aku kena sindir. Sirap atas meja dapur aku usung ke pondok depan rumah. Wan dah sedia menanti.
“ Sikit punya pekat warna, tapi tawa” juri tetap dah bagi komen. Belum sempat nak duduk dah kena.
“terlajak tuang pewarna la” alasan biasa.
“mana tak tawa, tunggu lambat sangat, saya bancuh setengah jam tadi” yang ni munasabah, ais pun dah jadi air lama sangat tunggu.
“napa lambat sangat?” tambah aku lagi.
“tu, gi ambik dalam moto”aik, lain aku tanya, lain pulak jawapannya. Bingkas bangun. Jenguk dalam raga moto Wan.
“wow, banyak jambu!” jambu merah penuh satu raga.
“banyak lagi kat bukit nu, mu nak, petang satgi kita gi dua” aku angguk-angguk kepala sambil tangan sibuk memunggah jambu dalam raga moto. Telan air liur. Dah terbayang menyicah jambu petang nanti. Wah!
Nikmatnya cuti panjang-panjang. Hilang serabut kepala otak. Lagi indah bila di kampung tercinta. Rasa macam tak moh gi mana-mana dah.
Macam yang dijanjikan, belum asar lagi,dah dengar moto Wan.
“aduh Wan, awalnya..tak sempat nak layan sinetron ni ha..” merungut sambil sarung tudung.
“pegang kuat-kuat” Wan suka layan macam aku budak-budak.
Tapi sungguh, kena pegang kuat-kuat. Naik bukit terpacak, kalau tak betul-betul pegang, jatuh la jawabnya.
Bila sampai, aku terus terjun moto. Teruja tengok pokok jambu. Banyak sungguh.
“ya Allah, pakai selipar? kena pacat baru tahu..” buat-buat terkejut pulak.
“tadi kat rumah, tak tegur,sampai sini nak tegur pun tak guna la nak tegur” selamba aku balas.
“Wan tu lagi teruk, tak pakai baju, lagi pacat berkenan.” Tambah aku.
Memang Wan jarang pakai baju kalau takat keluar kok-kok kampung. Selalu Wan bawak kain coken, sapak atas bahu.
“tunggu apa lagi, kutip la” Wan mula ubah topik. Malas layan aku bertekak.
“kerengga la Wan, Wan je la kutip, saya tunggu kat moto” jawapan anak manja. Tapi memang pun banyak kerengga, malas cari penyakit.
“baik tak payah bawak mu” balas wan sambil tangan ligat kutip buah.
“sori la Wan..hehe” sengih. Memang aku banyak songeh.
On the way balik, aku dengan Wan kena serang dengan lebah. Wan pecut moto punya la laju. Nasib baik cekap, kalau tak gerun jugak aku.
“tunduk, tunduk!” arahan Wan macam mando. Macam tengah perang pulak aku rasa.
First time lalui saat-saat tak terduga macam ni. Teringat aku masa Wan kena sengat berpuluh-puluh ekor kat bukit dulu. Terkejut tengok badan Wan bengkak-bengkak. Penyengat pun ada lagi bersisa. Ish, dahsyat!
Tapi kali ni, nasib baik tak banyak macam tu. Seekor dua je. Sempat elak. Sampai kat rumah, sambal sudah tersedia. Menyicah la kami sampai sepetang. Indah betul saat tu. Saat yang tak mungkin berulang.. Al-Fatihah untuk arwah Wan tersayang!
Labels:
kenangan manis kau dan aku
Location:
Perak, Malaysia
Pokok – Meet Uncle Hussain/ Hazama
Tersesat malu bertanya
Tak tahu tak tahu ke mana
Terlalu banyak alasannya
Ku terdiam
Menyusur di kaki lima
Terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh
Chorus
Tanya sama pokok apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah
Kau masih ada
Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam
Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh
Ulang Chorus
Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada
Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam
Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh
Tanya sama pokok
Bila Cinta itu Bukan Milik Kita... (bahagian 2)
Mesej dari seorang sahabat:
“Tau x. Ak tetiba rasa yg ujian kesunyian ni sbb Allah betul2 syg ak. Dia nk ak rapat dgn Dia. Tp diri ak menolak.sbb ak ingt cnta manusia lg sernk. Tp skrg ak sedar. Ak 21. Ak x nk kwin awal. Ak nk cri cnta Allah. Nk rasa mcm mana nikmat dia. Ak nak stablekn hdup ak. :* ak nk jd org yg btul2 ad imej”
Aku tersentak. Kenangkan sahabat aku seorang ni, aku tahu dia terlalu kesunyian. Jauh dari family. Apatah lagi dia memang susah untuk berkawan (katanya la. Aku pun tak pasti, tapi aku rasa dia yang memilih kawan kot.)
Selalu dia mengadu yang dia perlukan teman. Berkali-kali dia cakap yang dia sunyi, perlu cari teman (yg special la). Aku sokong pun tidak, bantah pun tidak. Sekadar menjadi pendengar setia.
Aku sendiri tak pasti dengan situasi macam ni. Tapi sekarang, bila dapat mesej macam tu dari dia. Aku rasa dia pilih jalan penyelesaian yang tepat. Bukan senang dia nak sampai ke tahap sekarang. Kalau aku pun belajar tinggi-tinggi macam dia, pikir 49 kali dulu nak buat keputusan.
Daripada Anas bin Malik, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “sesiapa pun tidak akan merasakan manisnya iman, sehingga ia mencintai seseorang hanya kerana Allah semata” (Riwayat al-Bukhari)
Soalnya, mampukah kita?
hindari cemburu "rabun"
memori tercipta- shila amzah
Bergetar jiwa dipersada bercahaya
Pertemuan harapan pertama kalinya
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Sukar dipercaya pintunya terbuka
Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada ku lupa
Mengalun suara sesuri bisikan hati
Seiringan mencari haluan berseni
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Tiada pun terduga pintunya terbuka
Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada ku lupa
Yang terpahit jua termanis
Semuanya bagiku terindah
Kuingati buat selama-lamanya
Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada ku lupa
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama (3x)
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada ku lupa
Bila Cinta itu Bukan Milik Kita...
Mesti pernah dengarkan, cinta bukan bererti memiliki, atau dalam erti kata lain ni topik untuk orang-orang yang frust menonggeng la ni.
Time belajar dulu, pernah aku tumpang kereta seorang pak cik ni. Kebetulan dia tak tahu jalan dan destinasi kami sama.
Nak mulakan perbualan, macam biasa, tanya nama,asal mana. Aku pun jawab la dengan penuh sopan-santun. Tiba-tiba, satu soalan yang menyentap sanubari,
“adik pernah putus cinta kan?”
Berderau darah. Telan air liur, aku geleng. Dia pandang aku, tak puas hati dengan jawapan aku la tu.
“tak adalah pak cik, tak pernah.” Jawab aku bersungguh.
“ohh..” ringkas jawapan tanda mengiakan jawapan aku.
“tapi, pak cik tak pernah salah, tengok muka pun pak cik dah tahu..” sambung dia kemudian.
Alamak! Jawabnya aku membisu sepanjang perjalanan. Takut ‘ditembak’ lagi.
Bukan semua yang kita nak kat dunia ni mampu kita miliki. Itu la gunanya iman kita, percaya kepada takdir dan ketentuan Allah. Segala yang ada di muka bumi ini, semuanya milik Allah. Termasuklah cinta.
Allah sudah meminjamkan cintaNya buat kita. Konsep meminjam ni sudah tentulah bukan permanent kan? bila time Allah nak tarik balik, kita kena redha.
Semua orang tahu macam mana sakitnya bila frust menonggeng. Tapi tak ramai yang tahu, tujuan Allah adakan situasi itu untuk kita.
Allah sebenarnya nak kita mengadu padaNya. Allah nak kita tahu bahawa tak ada cinta yang sehebat cinta Allah. Dan yang paling utama, Allah mahu kita kembali mencintai Allah.
Jadi bila cinta itu bukan milik kita, tabahlah kerana kita masih punya Dia.
Hal ini lah yang aku pegang hingga sekarang. Yang membuatkan aku tabah menempuh liku-liku kehidupan. Sampai kadang-kadang aku lupa yang aku pernah kecewa.
Tapi, pak cik ni, tak best betul . Tak patut ingatkan aku tentang hal-hal yang nak aku lupa kan. Aku pun pelik, aku tumpang kereta ahli nujum mana pulak ni.
Eh, cop! ingat balik, aku pernah bercinta? Tak kan?
Laa.. tak pernah bercinta, macam mana nak putus cinta?
Habis tu, pak cik tadi...tepuk dahi.
La..nampok beno nipunye...
Tapi betul la, tak semua yang hadir dalam hidup kita akan kekal sebagai hak kita. Bak kata pepatah,
Subscribe to:
Posts (Atom)




